Tuesday, September 16, 2008

16 September

Kita tunggu apa yang akan berlaku hari ini. Malaysia menuggu. Dunia menunggu. Perubahan apa yang akan terjadi?

diambil dari blog A Kadir Jasin
Bernama melaporkan – “PETALING JAYA, 16 Sept. (Bernama)-- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

"Beliau mendakwa pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin tengah hari untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.”

Anwar dilaporkan membuat dakwaan itu di hadapan kira-kira 12,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini Isnin malam. (Malaysiakini menganggarkan bilangan yang hadir 20,000).

Malaysiakini memetik Anwar sebagai berkata bahawa 16 Sept. Adalah hari penentu -- D-day – dan beliau sudah bersedia untuk menubuhkan kerajaan.

The Star Online memetik Anwar sebagai berkata bahawa PR sudah bersedia menubuhkan kerajaan dan akan mengumumkannya siang nanti.

Bernama memetik Abdullah sebagai menyangkal dakwaan Anwar itu dan menyifatkannya sebagai mengacau dan tidak masuk akal.

No comments: